Syarat dan Terma Program Affiliate
- Pendaftaran agen affiliate adalah PERCUMA.
- Setiap jualan yang terhasil daripada usaha promosi anda, komisyen sebanyak RM10 untuk satu botol, RM15, untuk 2 unit, manakala RM20 untuk 3 unit bagi setiap orang yang membeli daripada link anda.
- Komisyen yang terkumpul akan dibayar pada 1 dan 15 hari bulan.
- Maklumat lengkap haruslah diberi semasa pendaftaran affiliate untuk mengelakkan kesulitan ketika pembayaran komisyen.
- Komisyen affiliate untuk pembelian diri sendiri tidak diambil kira.
- Komisyen yang gagal diberikan kepada anda disebabkan butiran peribadi anda tidak lengkap atau palsu akan terus dibatalkan. Komisyen akan diberikan dalam bentuk Online Banking Transfer terus ke bank-bank tempatan.
AMARAN KERAS!
Agen Affiliate DILARANG sama sekali melakukan SPAM. Jika didapati mana - mana ahli yang melakukan SPAM, maka keahlian akan ditamatkan serta - merta. Komisyen yang terkumpul tidak akan dibayar kepada ahli yang melakukan SPAM. SPAM adalah jenayah besar di alam Cyber.
Apa itu SPAM? Sekiranya anda menghantar e-mel promosi link affiliate anda kepada mana-mana alamat e-mel yang mereka (penerima emel) tidak mengenali anda, bermakna anda telah menyebarkan SPAM. Oleh itu, lakukan promosi kepada rakan-rakan kenalan anda sahaja untuk mengelakkan SPAM.
Silalah mengamalkan teknik promosi yang baik dan beretika. Selamat menjana pendapatan Internet dari sistem affiliate Score A Programme tanpa had!
Klik pada butang Register untuk Mendaftar sebagai agen kami SEPERTI GAMBAR DI BAWAH.
Klik Di Sini Untuk Mejadi Agen Affiliate Kami
Sekiranya anda telah menjadi agen affiliate...
Login Affiliate | Lupa Password Affiliate
Apa itu program affiliate?
Program affiliate adalah satu program dimana anda akan diberi sejumlah komisyen apabila ada seseorang membeli hasil daripada promosi yang anda lakukan melalui link affiliate anda.
Anda dikehendaki mendaftar sebagai affiliate terlebih dahulu untuk menerima link affiliate anda. Anda boleh mendaftar sebagai agen affiliate di sini. Dengan mendaftar affiliate dan menerima link affiliate anda, maka anda akan dikenali sebagai agen affiliate.
Link affiliate yang anda akan terima adalah unik. Anda boleh mempromosikan link affiliate anda samada menggunakan e-mel (tetapi jangan menghantar SPAM) atau banner yang disediakan melalui kod yang akan diberikan dan diletakkan di dalam laman web atau blog anda.
Bagaimana sistem affiliate ini berfungsi?
Apabila anda membuat promosi melalui link affiliate anda, samada melalui e-mel atau banner maka pengunjung yang berminat akan klik pada link affiliate atau banner anda tersebut.
Apabila pengunjung klik pada link affiliate anda atau banner tersebut, maka pengunjung akan dibawa terus ke laman web dcarbo.my.
Sebenarnya, sebaik sahaja pengunjung klik pada link affiliate anda atau banner tersebut, nombor id affiliate anda telah direkodkan di dalam sistem komputer pengunjung tetapi pengunjung tidak sedar perkara ini berlaku.
Pengunjung mungkin tidak akan terus membeli apabila pertama kali melawat laman web dcarbo.my, sebaliknya mereka akan terus mengunjungi laman web ini untuk beberapa kali. Namun demikian id anda masih tersimpan di dalam komputer pengunjung dan tatkala mereka membuat belian dengan mengisikan borang pengesahan bayaran, maka sistem akan merekod penjualan daripada link promosi anda (merujuk kepada id yang tersimpan di dalam sistem komputer pengunjung).
Apabila pembelian berlaku, maka sistem affiliate akan memberikan maklumat tersebut dan kami akan memaklumkan tentang pembelian tersebut kepada anda. Anda akan dimaklumkan tentang komisen tersebut menerusi e-mel bagi setiap jualan yang berlaku.
Operasi affiliate ini diuruskan oleh sistem. Jadi ia telus dan merekodkan penjualan sebenar dalam memberikan komisen affiliate. Kami juga sentiasa memantau operasi sistem ini agar berjalan dengan baik. Anda tidak perlu bimbang tentang pelaksanaan sistem affiliate ini.
Klik Di Sini Untuk Mejadi Agen Affiliate Kami